Cikgu oh cikgu!

on 15 Oktober 2010




Sejak dah bekerja kat kedai makan ni, banyak perkara yang kid tak sangka jadi. Antaranya jumpa kawan-kawan yang dah lama berpisah, dapat kenalan baru, and berjumpa semula dengan beberapa cikgu kesayangan masa sekolah dulu. Wah..

Rasa pelik plus happy lah kid rasa. Bila pendidik yang banyak berkorban untuk pelajar-pelajar dia, berdiri depan mata sendiri. Lagi terharu bila cikgu-cikgu kid ni yang dah mengajar entah berapa ratus or ribu pelajar tapi still ingat lagi siapalah waiter sakai yang ambil order diaorang. Oh rasa macam nak menangis pulak!

Cikgu-cikgu ni lah yang mengajar apa itu ilmu kepada kid. Memang kid pernah cakap, pengalaman guru yang paling bagus sekali untuk kita, tapi bila difikir-fikir balik, tanpa cikgu, dapatkah kita mengenal huruf dan nombor? Kalau huruf pun tak kenal, dapat ke kita membaca? Kalau membaca tak dapat, dapat ke kita berada di mana kita berada sekarang ni? Dapat ke kita kenal apa itu blog? Dapat ke kita kenal facebook? Dapat ke?? Katakanlah!!

Kid rasa ralat sangat bila ada pelajar yang tak hormat pada cikgu ni. Contohnya macam kes pukul cikgu beberapa bulan lepas. Diaorang ni dah umpama mak ayah kita walaupun tiada pertalian darah.. Kerana diaorang ni lah yang mengajar kita ilmu, menegur salah silap kita. Duit bukan sebab pertama bagi diaorang. Tapi kerana nak anak didikan dia jadi somebody yang berjaya untuk akan datang. Itu yang first! Bukan untuk dia, tapi untuk kepentingan korang semata-mata. Korang rasa tak betapa besarnya pengorbanan tu? Jadi hormatlah mereka, sayanglah mereka macam korang sayang mak ayah korang.

Buat cikgu-cikgu sekolah menengah taman indah, kid nak ucapkan THANK YOU kerana mendidik kid and pelajar-pelajar lain yang ada seribu satu ragam tanpa rasa jemu, tanpa mengambil kisah penat korang hanya untuk melihat anak-anak didikan berjaya 1 hari nanti.

Two thumbs up untuk cikgu!


*takda gambar cikgu kid pulak..
Ranking: 5

{ 3 ulasan... read them below or add one }

eZmALiZa berkata...

haha. :D samela..dulu mase ezma wat part time cuti sem keje kat SOGO..jumpe cikgu sekolah..siap leh cakap lagi, "awak kenapa keje kat sini? saye ade keje kosong utk awk? nak tak??"

waduhh...aku wat part time la... :D hahaha... :D nt abes cuti sem, kene jugak balik u semule..

nway, kid..bgus la..sbb masih igt and hargai cikgu2 kite.. :)


16 Oktober, 2010
Akidazami berkata...

erm skadar menghargai pe yg cikgu kita dah buat untuk kita liza :) wah siap nak bg keje kosong tuk liza? Sweetla cikgu liza :D tulah, murni sangat2 hati cikgu2 kita :)


16 Oktober, 2010
Adam berkata...

go, cikgu, go! :D (nada semangat)


09 Disember, 2010

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...