Buat duit online pada pandangan aku

on 18 Oktober 2010



Berlambak program buat duit online kat internet ni. Taip je duit, confirm yang keluar kat search engine 'cari duit online, buat duit online, jana duit online' and bla bla bla.

Kid sebenarnya agak jelak dengan istilah-istilah cari duit macam kat atas tu. Ayat pung pang pung pang tapi hasil tak tahu lagi. Istilah-istilah macam tu bagi kid berjaya mengaburi fikiran kita sekaligus mempengaruhi kita dan buatkan kita terfikir nak dapat duit dari program-program macam ni macam makan kacang je. Hari ni join hari ni buat, esok dah dapat duit. Boleh macam tu?

Semua program-program macam ni, nak kita buat sesuatu untuk dapatkan pulangan. Contoh paling mudah, blog dan nuffnang. Nak dapat duit dari nuff, paling penting sekali kena ada blog ( lepas tu barulah masuk bab kandungan yang bagus dan trafik ) Walhal kita tak pernah fikir, kita minat or tak blogging ni.

Kalau nak cakap program duit ni dari konteks blog, kid percaya kalau motif  blog diwujudkan atas kerana duit semata-mata, memang kita takkan ke mana. Silap-silap, 1 bulan je kita selalu log in blogger. Lepas tu kita tinggalkan macam tu je. Sebabnya nak kaya cepat, bukan berblogging atas dasar minat. Kid dah pernah jadi macam tu. Bila difikir-fikir balik, memang hampass lah apa kid buat dulu tu. Percayalah.

Kesimpulan kat sini, tak kira lah blog atau apa pun, buatlah something atas dasar minat. Untuk apa bazirkan masa, tenaga buat something yang diri sendiri tak minat?



So, respon korang?
Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...