Kalau trafik tu duit, dah lama kita kaya lah!

on 04 June 2011

*Entri repost. Memandangkan guwa begitu bz hari ni. Grrr..

Sesiapa ada blog kalau tak suka trafik mungkin dia mereng kot? Ops gurau je.. Mungkin dia anggap blog dia cuma diari/tempat untuk dia rekodkan kisah hidup dia je. Malas nak kejar-kejar trafik.. Takpe yang ni kita biarkan.

Cuma yang pasti, majoriti ada blog mesti nak trafik. Sebab? Bagi aku dari trafik lah boleh bagi kita info penerimaan cara penulisan kita, penerimaan trafik terhadap blog kita, mana kelemahan blog kita.. Hm ada pulak yang anggap trafik ni duit. Bagi kau macam mana?

Ada yang duk kejar trafik bagai takde hari esok. Tanggungjawap yang lain macam assignment, kerja, keluarga semua ditinggalkan. Alasan : baru dapat BE katanya.. Tapi bila trafik masuk, cukuplah sekadar view page depan je. Takda pun nak klik Linkwithin, Related post, Recent post. At the end timbullah keluhan " kenapa BE dengan pageviews aku ciput?? "
                                                                
                                                                     +++++++++++

Rasanya sesiapa yang anggap macam tu patut fikir-fikir balik niat nak berblogging tu. Nak kaya atau memang minat/nak berkongsi something dengan trafik dalam blogging.. Aku dah pun mencuba menulis untuk jadi kaya kat blog pertama aku sebelum ni. Ternyata gagal!

Kita kena fikir macam ni : Trafik tu pembaca. Jadi trafik datang bila ada entri yang menarik.. Bila blog kita dah melambak entri macam tu, dari situlah pageview makin naik. Lasssstt sekali, barulah masuk bab duit.. Ada faham?

Trafik bukan duit loh.. Berhentilah fikir macam tu. Kalau nak totally kaya dengan blog, pergilah buat blog yang dah dispesifikkan untuk niche-niche tertentu macam pasal artis ke, gadget ke, kesihatan ke.

                                                                   +++++++++++

Rasanya ramai yang terpengaruh bila beberapa blogger bagitahu dia buat $$ dengan blog. Tapi dari kita tengok berapa sebulan dia dapat, baik kita perhati, fikir dan kaji dulu kenapa trafik berduyun pergi blog dia.
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...