Sekarang ni tak boleh main hentam makan

on 23 May 2011

Makanan penting sebab ia sumber yang kita perlukan untuk hidup. Er.. Ter-skema pulak.. Berbalik pada topik. As long as makanan tu kita tahu halal, balun je lah kan?

Tapi sekarang, tak boleh main sapu je siut.. Walaupun tertera logo halal pada makanan tu. Baru-baru ni kat Metro, ada cerita pasal penggunaan protein rambut (L-syscine) dalam roti, kek dengan pau. Haram untuk dimakan bagi beragama islam sebab fatwa dah kategorikan protein rambut tu sebagai organ manusia.

Sekarang pulak, pasal unsur babi dalam makanan. Dah sah-sah haram, tak boleh makan.. Masalahnya benda tu kita dah telan masuk perut, barulah timbul hal ni. Dem.. Yang buat aku pelik, pihak yang sepatutnya memantau unsur-unsur haram dalam makanan, depa buat apa eh selama ni? Kanina

Kalau kecuaian atau kealpaan pihak-pihak yang bertanggungjawap berterusan macam ni, aku ingat kita makan ubi kayu je lah. Tak sedap pun tak sedaplah yang penting halal. Sedap tapi haram kat akhirat kena balun buat apa?
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...