Bangkang bina replika tugu 1 malaysia

on 03 Jun 2011

KANGAR: Jawatankuasa Fatwa Perlis memutuskan pembinaan replika tugu 1Malaysia sebagai suatu yang ditegah kerana amalan itu dikesan mengandungi unsur penghormatan yang dikhuatiri menjurus kepada pemujaan al-Ansab atau berhala.

Keputusan tegahan itu yang dibuat berdasarkan kepada petikan ayat 90 surah al-Maidah - 'wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya arak, judi dan al-Ansab (menyembah berhala) dan al-Azlam (bertenung nasib) adalah najis daripada amalan syaitan. Maka hendaklah kamu jauhkan daripadanya moga-moga kamu berjaya'.

Ditanya sama ada larangan itu dibuat berikutan cadangan pembinaan tugu 1Malaysia di negara ini termasuk di Perlis, Juanda berkata, itu bukan motif utama keputusan terbabit dibuat.

“Tegahan dibuat Jawatankuasa Fatwa Perlis adalah berunsur nasihat dan bukannya satu fatwa, dengan motif untuk mengelak daripada kesucian dan keharmonian agama tercemar. Justeru, terpulang kepada pihak terbabit untuk menilainya - Metro

Betul jugak tu. Tapi tugu tu, berbentuk orang atau sekadar logo 1 malaysia eh? Hmm...
Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...