Orang yang berumur terlalu ego

on 03 June 2011

Warghhh.. Baru balik dari melaka. Bz gila. Letih gila. Sampai blog pun tak sempat update pagi tadi. Nasib baik ada backup trafik SEO..

Masa kat melaka tadi, 1 perselisihan faham berlaku antara aku dengan lecturer.. Hm ikut logik memang bukan salah aku. Sebab dia sendiri yang keluarkan janji, then dia lupa. Terus aku dihentamnya.

Bersuara balik? Eh mesti! Takkan aku nak diam je kan? Bukan salah aku. Tapi suara aku yang garau gila ni umpama suara comel, halus susah didengar oleh dia.. Dan dia tetap dengan keputusan dia.

Macam tulah mindset kebanyakkan orang yang lagi tua ni. Kalau bagi dia betul, tetap betul walaupun terang-terangan dia salah. Apakah kejadahnya ini?

Pendapat aku, nilah salah 1 punca belia sekarang ni rosak. Tak hormat mak ayah, dan apa lagi eh? Hm kau boleh fikir sendiri. Pasal pandangan/pendapat belia ni ditolak mentah-mentah. Mereka yang mendengar takde langsung rasa nak mengalah.

Mereka yang lagi tua ni, bagi aku kenalah ubah mindset yang menjengkelkan tu.. Tak semestinya umur lagi tua, apa yang difikir, apa yang dicakapkan semuanya betul..
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...