Tips kurangkan kontroversi dalam dunia blog

on 03 Jun 2011

Lately ni banyak hal-hal panas berlaku dalam dunia blog. Ini adalah suasana yang tak sehat sama sekali. Kita berblogging ni sebab seronok, bukan tensyen-tensyen.

Jadi based dari apa yang jadi kebelakangan ni, aku nak cadangkan tips yang mungkin hang boleh praktikkan supaya hang dapat berblog dengan tenang, dunia blog jadi aman. So apakah tips tu? 

Jangan tunjuk income

Ni cadangan pertama aku. Ekceli bagi aku tak salah pun tunjuk income ni. Tapi yang jadi masalahnya ramai yang hatinya cepat cemburu. So akan terbitlah entri mengutuk blogger tunjuk income ni. Kalau hangpa jenis hati kering tak makan dengan kutukan, abaikan cadangan ni. 

Jangan tunjuk trafik 

Ni pun sama. Bagi aku tak salah jugak tapi faham-faham jelah hati manusia ni lain-lain. Tu lah jadinya bila cemburu tu diletakkan kat tempat yang salah. Aiyark 

Jangan dedahkan semua cerita peribadi hang 

Bila dah promote blog, confirm akan ada masuk baca. Tapi kalau silap cerita dalam tu confirm ada yang akan shoot. Confirm! Kalau nak jugak cerita semua hal peribadi dalam blog, sila private kan.. Kalau tak, silap-silap jadi blogger yang masuk metro tu. Huh..

Hati-hati bila hentam/kritik blogger lain 

Kalau main hentam dan silap kritik, blogger yang kena shoot tu confirm akan berdendam. Lepas tu dia tunggu je bila hang buat silap. Bila hang buat silap, memang kaw-kawlah hang kena balik.. Jadi hati-hati.

                                                                            ++++++++++++

So tulah dia 4 cadangan tips dari aku. Silalah amalkan kalau nak berblog dengan tenang dan aman.
Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...