Nak update lebih dari 1 entri?

on 10 Mei 2011

Ramai yang berminat nak update lebih dari 1 entri tapi  mengeluh - Takde idea, tak larat. Kenapa takde idea? Kenapa tak larat?

Idea - Nak tahulah, kau cari idea macam mana? Ce cite ce cite. Kalau jawapan kau masa nak taip entri baru nak fikir idea, memanglah tak dapat!

Tak larat - Berapa entri kau target nak published dalam 1 hari? Kalau main target je contohnya 10 entri sehari sedangkan kau tak biasa lagi update banyak-banyak memang tak laratlah sebab fikiran kau pasti letih..

                                                                +++++++++++++++

Sila rancang dulu apa yang nak ditulis.. Kenapa aku kata kena rancang dulu? Sebab bila dah tahu apa yang perlu ditulis, kau takkan menghadapi masalah takde idea, tak tahu apa yang nak ditulis. Kerja meng-update akan bertambah senang..

Janganlah ikut cara blogger tegar yang update berdasar apa yang ada dalam fikiran dia.. Bukan tak boleh tapi level dia lain level kau lain!

Lagi 1 jangan tetiba aim nak published banyak entri dalam sehari. Sakit gitu weh.. Sebenarnya kena perlahan-perlahan kayuh. Target 2-3 entri sehari dulu then cuba maintain selama yang boleh.. Bila dah boleh maintain, target 4-5 entri (kalau nak) dan macam tulah seterusnya.

Kesimpulan dia, rancang dulu apa yang perlu ditulis dan pelan-pelan kayuh. Cuba apa aku cadangkan ni dan insyaallah, takde masalah untuk kau update lebih 1 entri sehari..
Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...