Kosmo : Tokyo lengang angkara radiasi

on 17 March 2011

TOKYO, Jepun - Bandar raya ini yang merupakan antara yang paling sesak di dunia kini sepi seperti bandar hantu semalam dengan lokasi-lokasi tumpuan ramai termasuk restoran sushi dan kedai mi bertukar menjadi lengang.

Kebanyakan sekolah ditutup manakala pekerja-pekerja sektor swasta dibenarkan berada di rumah.
Lapangan terbang-lapangan terbang di sini pula dipenuhi dengan orang ramai berbaris panjang untuk menunggu penerbangan keluar dari sini.

Situasi itu berlaku ketika pihak berkuasa Jepun bertungkus-lumus untuk mengelak negara itu ditimpa bencana nuklear akibat empat letupan di loji nuklear Fukushima yang bermula pada minggu lalu - Kosmo

Actually nuklear ni bahan penting sebagai sumber tenaga alternatif untuk ganti sumber bahan api lain macam minyak dengan gas bila sumber ni habis. Boleh jugak diguna untuk perubatan. Tapi yang membimbangkan ialah kesan radiasi tu. Antara dia kerosakkan saluran peranakan, jantung gagal berfungsi, sel otak rosak dan banyak lagi. Yang tak best sekali boleh menyebabkan kematian. Sangat-sangat bahaya..

Malaysia pun nak memperluaskan penggunaan tenaga nuklear ni. Kalau korang google, ada banyak projek pasal tenaga nuklear ni. Tapi aku harap pihak yang terlibat buatla reasearch yang betul-betul rapi pasal isu kesan radiasi dengan sistem keselamatan.. Jangan sampai jadi macam kat jepun tu..
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...