Jangan sesekali derhaka..

on 16 Mac 2011

2 hari lepas jiran sekampung aku yang berstatus ibu meninggal. Puncanya arwah ni kena penyakit pelik sampai doktor pun tak tahu penyakit apa.

Awal pagi tadi plak masa aku breakfast, nenek aku cerita anak arwah ni sentiasa nak melenting je sepanjang arwah ni sakit. Kiranya macam arwah ni menyusahkan dia. Aku termenung sekejap lepas nenek aku cerita benda ni. Hm..

Si buruk-buruk perangai mak, dia tetap mak kita. Dia lah bersusah payah melahirkan kita. Aku ingat lagi ustaz aku cakap, sakit no.2 yang paling sakit sekali kat dunia ni ialah sakit nak melahirkan anak. Azab dia tu, hanya insan yang bergelar ibu je tahu. Dahla cukup azab nak lahirkan kita, nak besarkan kita 1 hal lagi..


Kena pulak kalau ibu tu kena bekerja untuk tanggung kos hidup keluarga. Lagilah seksa. Tapi untuk anak-anak dia, dia tak kisah. Bila kita sakit, kita dijaga macam seolah-olah kita ni raja, mak kita kuli. Tengok, betapa besarnya kasih seorang ibu.. Takkan dapat kita bayar dengan duit hatta emas sekalipun. Takkan tertaip dek aku kalau nak cerita pengorbanan seorang mak pada anak-anak dia. Terlalu banyak..

Cuba kita fikirkan, setakat ni apa yang kita buat untuk balas segala jasa mak kita? Baru harini mak kita tak kasi kita keluar, kita dah melawan, duk tinggi-tinggi suara. Mak kita tegur suruh sembahyang, kita kata dia bz body/kuat mengomel. Kalau kita fikirkan balik, apa yang kita buat selama ni, kebanyakkannya cuma lukakan hati dia je.. Dah boleh masuk kategori anak derhaka dah. Hm..

Sekarang ni apa jadi kat anak arwah tu, aku tak tahulah.. Apa yang aku nak tekankan kat sini, janganlah kita buat mak kita macam anak si arwah tu buat. Sayang, hargai, taatla pada ibu kita. Jangan sesekali lukakan hati dia, dan jangan derhaka. Kalau tak, jangan kata masuk, bau syurga pun kita takkan dapat hidu..

P/s : Shit! aku terserius..
Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...