Ben Ashaari : Terima kasih ibu!

on 20 March 2011

Klik header kalau nak join

Ceritakan satu kenangan yang paling anda tidak dapat lupakan ketika bersama ibu anda .. Tak kira manis , sedih , pahit atau apa saja yang ingin anda kongsikan .. Mesti lebih dari 100 patah perkataan ..
Kenangan manis, masa aku dapat anugerah antara pelajar cemerlang. Masa tu 1st time aku tengok mak aku happy 1 macam. Bila dia tengok aku je, mesti dia senyum. Aku tak sangka sampai jadi macam tu. Time tunggu giliran naik atas pentas, aku tengok mak dah melambai-lambai kat aku kat bahagian tempat duduk ibu bapa sambil senyum.

Lagi 1, masa aku nak sunat dulu. Mak sanggup bangun awal-awal pagi sedangkan malam tu dia tidur lambat sebab nak siapkan baju tempah. Nak dapatkan nombor awal kat klinik. Jadi tak payah tunggu lama-lama pasal time tu musim bersunat. Punyalah ramai manusia. Lepas tu masa tempoh aku berpantang, macam-macam kerenah aku. Tapi mak aku tetap sabar. Layan je macam aku ni raja. Hm pikir-pikir balik, punyalah besar pengorbanan seorang ibu ni.



Antara ibu dan ayah , siapakah yang anda lebihkan ? hehehe... 
Ibu ar.. Ayah ni lain skit. Sebab rasa macam ada 'jurang' skit la.

Apakah anda sanggup tinggalkan ibu atau ayah anda di rumah orang tua ?
Tak sanggup! Tak sampai hati aku.. Aku pelik apsal diaorang sanggup antar mak ayah diaorang kat rumah orang tua.. Faktor masa bukan alasan sebenarnya. Tapi pasal kerenah orang tua tu. Hish tak patut.. Baik buruk diaorang tetap mak ayah kita.

Pendapat anda mengenai anak anak yang sanggup bercakaran merebut harta pusaka orang tua 
mereka ..
Biasa jadi macam ni pasal tamak, pentingkan diri. Buangla jauh-jauh sikap ni.. Harta pusaka ni tak bawak ke kubur pun!  
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...