Ada lagi ke perempuan yang setia?

on 20 March 2011

Biasanya yang cakap macam ni, sebab dah ada pengalaman kena tinggal awek. Kadang-kadang apa yang dicakap tu metafora sebab tak puas hati sebenarnya. Yelah, sakit kot.. Tapi tula, tak pernah pulak pikir apsal awek cari laki lain?

Kalau tanya aku, ada! Berlambak perempuan yang setia kat luar tu. Tunggu masa nak 'petik' je! Tapi bila sebut pasal setia ni, maknanya bermula dari kepercayaan dengan usaha lelaki nak kekalkan perasaan cinta tu. Tang kepercayaan dengan usaha untuk kekalkan tu, sejauh mana lelaki berusaha untuk maintainkan 2 perkara tadi?

Kalau time dating pihak lelaki boleh pulak bantai mesej perempuan lain. Bila awek ada masalah dan perlukan balak dia kat sisi, pihak lelaki boleh pulak pergi lepak dengan kawan kat mapley. Jadi macam mana tu? Macam mana awek nak setia? Ini sekadar contoh.. Tapi memang betullah kan? Ada banyak lagi sebab  sebenarnya.

Kesimpulan dia, perempuan akan setia bila dia tengok lelaki tu bagi 100% komitmen dalam relationship. Bermakna lelaki tu memang bersungguh-sungguh dengan relationship tu. Bukan hangat-hangat taik kucing. Kalau hangat-hangat taik kucing, janganler tensyen, kecewa kalau awek tu pergi kat laki lain.

Hm tapi kalau perempuan tu materilistik atau playgirl, aku no komen..
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...