Anak-anak sekarang dah lupa parents

on 20 Mei 2011

Hm petang yang agak suram hari ni. Baru lepas hujan. Suasana yang suram macam ni memang tak best.

Anak-anak sekarang dah lupa parents - Pagi tadi aku diperdengarkan pasal anak-anak sekarang ni yang terlalu bz dengan kerja sampaikan parents pun ditolak ketepi. Bila fikir-fikir balik memang betul. Bila bz confirm kau tak kotek parents punya.

Sebenarnya kalau iye pun terlalu bz tak patutlah parents diabaikan.. Sesibuk macam mana pun, takkan takde masa free. Jangan nak membongak. Paling cikai pun mesti ada 10 minit masa free. Mustahil takde. Bila free tu, mesej atau call lah parents hangpa. Bukan makan 1 jam pun..

Jangan pasal bz, kita buat depa rasa tersisih.

Bila parents rasa tersisih, bermakna kita sebagai anak ni dah lukakan hati depa. Bila jadi macam tu maknanya kita dah derhaka. Ini yang aku dengar kat khutbah jumaat. Hm rasanya kau pun tahulah dosa kecik atau besar derhaka ni.. Jadi fikir-fikirkan..
Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...