Apsal tak dapat BE?

on 20 May 2011

Kenapa aku tak dapat BE? - Bila tengok ramai blogger dapat BE, yang tak dapat mesti mengeluh dan tertanya-tanya kenapa. Keh keh.. Actually apa kriteria yang blog kita kena ada baru boleh dapat BE?

Spekulasi tips dari sesetengah blogger macam mana nak dapatkan BE :

Trafik kena tinggi

No! Pasal trafik kena tinggi dah tak boleh masuk buku dah. Kena buang. Ada blog yang trafik tinggi tapi tak dapat jugak.

Status kena geli-geli hati

Dah geli-geli hati tahap ke lapan puloh ratos ribu riban pun tak dapat jugak.

Kedudukan iklan kena betul

Aku rasa yang pasang iklan nuff ni semua dah ikut kehendak dia kat mana nak tepek iklan tu. Tapi tak dapat jugak.

Bagi backlink nuff

Umpama membodek tapi berkesan ke? Jawapan aku tak. Aku dah test!

Ramai silap

Actually nuff tak terlibat langsung dalam hal BE ni. Bukan diaorang yang pilih blog. Tapi pihak pengiklan. Yang aku pasti tips paling sesuai sekali untuk meningkatkan kemungkinan kau dapat BE ialah survey kena isi dengan betul dan tepat. Pasal apa?

Pasal kat survey ni ada pasal demografik pembaca. Demografik pembaca yang jelas membantu pihak pengiklan memilih blog yang sesuai untuk ditepekkan iklan diaorang. Tapi tak menjamin 100% boleh dapat BE even kau kemaskini survey tu berkali-kali sehari.

Yang ni spekulasi aku sendiri -

Rupa blog mesti ada 'X' faktor supaya mampu menarik perhatian pengiklan. Lagi 1 pihak pengiklan bukan takat tengok rupa blog tapi dia akan tengok perwatakan blogger melalui penulisan dia dalam blog. Apa-apa pun ni sekadar spekulasi. Jangan mati-mati kau percaya pulak.

Jadi apa aku kena buat weh??

Bab BE ni rezeki. Jadi tak perlulah kau pening kepala sangat. Tapi kalau kau tetap tak puas hati, ceraikan je nuff ni. Pasang adverlets. Income adverlets ni based on CPM kalau tak silap. Bermakna income kau tetap berjalan walaupun trafik kau ciput. Hm tak lama lagi aku pun mungkin akan ceraikan nuff. Grrr
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...