Apsal blog perempuan dapat lebih perhatian?

on 30 May 2011

Apsal blog perempuan lebih dapat perhatian? - Aku tergerak untuk taip pasal ni sebab banyak blog yang aku jumpa buat entri pasal ni.. Perempuan ada, lelaki pun ada. Tapi kebanyakkan yang aku jumpa blog lelakilah. Blog mana? Sory aku dah lupa. Keh keh..

Berbalik pada tajuk. Apsal eh? Hm dulu pun aku fikir macam tu.. Tapi lepas berapa lama aku dok perhati, akhirnya aku faham kenapa blog depa lebih dapat perhatian.

1st sekali entri depa. Ada yang berinfo ada yang tak. Tapi yang buat pembaca suka entri depa -Tak memeningkan kepala, ringan, chill - Entri yang terlalu serius atau terlalu mengerutkan dahi memang majoriti pembaca tak suka sebab susah nak digest. Ya ya.. Aku tahu kau tak boleh terima, tapi ini fakta dan dah terbukti. Kau deny macam mana pun fakta ni takkan berubah. 

2nd pengolahan ayat. Sesetengah blogger perempuan ni memang pandai main ayat. Ada yang simple, berbelit-belit, lawak dan etc. Hm.. Ni lah yang menjadi identiti depa. Yang membezakan depa dengan blogger lain. Yang menarik perhatian pembaca.

3rd, perwatakan blogger tu sendiri. Kita boleh tahu macam mana orang dia dari penulisan dia. Nak faham hal ni senang je. Perwatakan positif memang senang untuk didekati.

4th, jumlah blogger. Blogger perempuan lagi ramai dari lelaki. Aku tak tahula kalau hangpa perasan pasal ni ke tak. So sikit sebanyak hal ni menyumbang apsal blog perempuan dapat lebih perhatian. Pembaca depa ramai blogger perempuan.

Urmm tu jelah kot. Jadi aku rasa hangpa dah boleh faham kenapa. Susah nak terima eh? Keh keh.. Ok apa pulak pendapat hangpa pasal ni?
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...