Segmen : Doaku buat mereka

on 30 May 2011


Bangun je dari membuta, aku tengok dashboad tengok update2 terkini blog memember. Sekali ternampak segmen ben. Memandangkan lama aku tak join segmen simple macam ni, aku join lah. Ahaks 

Ceritakan satu kenangan yang anda amat kesali dimana anda pernah  membuatkan hati kedua ibu bapa anda tercalar hatinya kerana perbuatan anda tu

Hm nak ikutkan banyak.. Aku kongsi 1 sini. Dulu arwah mak aku masukkan aku dalam 1 kelas komputer. Tujuan arwah hantar aku situ sebab arwah sedar kepentingkan komputer ni tahun 2000++ nanti.. Aku belajar jugak ah tapi kadang2 memain. Seb baik tak kantoi.

Tapi sampai 1 tahap tu aku macam fedup pergi kelas tu.. Then 1 hari tu aku cakap kat arwah - Mak, malaslah pergi kelas komputer lagi. Bukan ada komputer pun kat rumah ni. Mengamuk habis arwah masa tu. 

Masa tu aku tak faham apsal dia mengamuk tapi bila fikir balik, apa yang aku cakap tu seolah-olah menghina dia.. Manalah dia tak mengamuk. Terus arwah tak bercakap dengan aku beberapa hari.. Kemungkinan besar arwah memang maafkan kesilapan aku tu tapi yang slacknya, aku tak mintak maaf pun. Hmm..

Pengaran sini - Kalau parents hang masih bernafas lagi, janganla buat perkara taik yang boleh lukakan hati depa. Fikir habis-habis sebelum buat atau kata sesuatu kat depa. Kot dah sampai seru depa mengadap ilahi, hang tak sempat mintak maaf padanlah dengan muka hang. Ok?

*Klik gambar abang six pack tu kalau nak join
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...