Apa barang kahwin awal ni?

on 30 Mei 2011

Aku tengok sekarang ni ramai kahwin awal.. Macam pagi tadi sedang aku enak bercanda bersarapan bersama family, tetiba nenek aku bersuara - Farah dengan farhan saudara kau nak kahwin tak lama lagi.. Kau jelah yang tah bila leha dapat tengok kau kahwin.

Dem! Aku macam tak percaya je saudara yang sorang sebayang, sorang lagi tua aku 2 tahun dah nak kahwin. Aku ni ha masih lagi enjoy, terkenja-terkenja hanyut dalam dunia sendiri bersama Lisa Surihani. Tak percaya aku dengan Lisa Surihani in relationship? Tak caya sudah nama kau dolah tetek kau sobolah.

Hmm tapi tulah. Kalau dah sampai seru, dah standby duit dengan harta yang diperlukan, kahwin jela kan. Kalau terlalu lama kapel takut terbuat dosa pulak. Tapi adakah kahwin pada usia yang begitu muda ni sesuatu yang must do?

Sebab pada pandangan aku, usia yang masih muda ni patut kita gunakan untuk enjoy.. Hang jangan salah faham pulak. Enjoy tu bukanla buat benda negatif je. Maksud aku, pelan-pelan kita guna untuk nikmati kehidupan ni. Timba pengalaman cukup-cukup.. Kasi 1 tapau dalam 1 'bekas'. Berguna semua tu nanti. Bila dah puas hang buat lagu tu, barulah kahwin.

Tapi one thing for sure lah, aku tahu yang kahwin cepat-cepat ni memang dah tak sabar nak ehem-ehem.. Kan kan? Eleh tak payah tipu sebab memang iya pun kan.. Hahak.


*Sila doakan jodoh aku dengan lisa kekal sampai bila2
'
Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...