Aku tahu perkataan 'bir' tak dibenarkan tapi..

on 30 Mei 2011

KUALA LUMPUR: “Tidak timbul isu halal atau tidak kerana selama ini pun kita maklumkan, mana-mana produk makanan tidak diberi sijil halal diragui.

Sepatutnya masyarakat sendiri boleh membuat penilaian mengenainya.

“Kita juga sudah putuskan tidak membenarkan penggunaan perkataan bir kerana ia merujuk kepada sesuatu yang haram walaupun tertera perkataan halal,” kata Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Menurutnya, agensi di bawah seliaannya hanya boleh mengambil tindakan sekiranya wujud penyalahgunaan kebenaran yang diberikan termasuk pemalsuan sijil halal oleh peniaga - Metro

'Penggunaan perkataan bir merujuk pada sesuatu yang haram walaupun tertera perkataan halal' - Apa kejadahnya dengan 'walaupun tertera perkataan halal' pada bir yang haram ni? Jap, adakah perkataan halal tu pihak pengeluar boleh cetak sesuka hati?

Hmm pendapat aku, bukan aku nak cakap pihak berkuasa tak buat kerja eh.. Tapi aku rasa ada eloknya pihak berkuasa tetapkan 1 garis panduan, jangan biarkan pihak pengeluar cetak perkataan 'halal' sesuka hati..
Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...