Kecewa dengan blog?

on 25 May 2011

Pernah tak sampai 1 tahap kau kecewa dengan blog kau? Untuk yang suka-suka berblog mungkin tak pernah rasa. Tapi bagi yang betul-betul serius mesti pernah rasa. Apsal kecewa? Apa yang silap?

Blog.. Apa yang membuatkan ramai kecewa ialah nak 'untung besar' dalam masa singkat.. Untung besar dari segi apa? Jangan tanya aku, kau sendiri tahu apa dia kan kan? Keh keh..

Patutnya tak boleh gitu. Untung besar sebenarnya ambik masa. Memang ambik masa yang lama. Segalanya perlu kesabaran. Sabar sabar sabar!! Bukan sehari dua punya kerja kau boleh dapat untung besar. Adakah kau berblog hanya untuk sehari dua? Fikirkan balik. Lagi 1 niat berblog tu kasi adjust balik haaa..

Apa yang patut kau buat - boleh je tengok 'hasil' blog orang lain, tapi jangan ternganga! Sebab kau pasti kecewa..
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...