Kuno lah kau ni..

on 24 May 2011

Bangun tido, basuh muka gosok gigi tanpa mandi terus aku menuju ke dapur. Apsal tak mandi? Kat rumah je kot. Macamlah kau mandi pagi bila kat rumah. Keh keh..

Breakfast biasa-biasa je. Aku tak kisah sangat makan apa masa breakfast tapi yang penting kena ada nescafe! Tu feveret, wajib ada.. Then si adik kata nak makan maggi. Warghh meleleh air liur.. Pasal lama tak bedal maggi ni. So aku mintak adik buatkan sekali. 

Pot pet pot pet dengan nenek barang seminit dua, tahu-tahu maggi dah tercangak depan mata. Baru je nak bedal aku terkejut tengok maggi si adik.

Kalam nasuha
*Macam gambar tulah lebih kurang maggi si adik

"Dik! Kah kah.. Maggi apa kau buat ni weh?? Awat huduh benor rupa dia?? Kah kah!!"

"Ishh tu pun tak tahu.. Ni murtabak maggi la!"

Murtabak maggi?? Siut tersentak aku.. Apa taknya, selama 23 tahun aku hidup ni barulah aku tahu adanya makanan bernama murtabak maggi! Manusia zaman paleolitik kah aku ni?? Dem..! Memang kunolah kau ni kid..  =___= 


*Dipersilakan gelak kalau nak
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...