Nostalgia kartun kegemaran masa kecil

on 11 Disember 2010

Masa kedai takda customer tadi, dapatlah lepak tengok tv sekejap. Kalau customer penuh, haram! Dengar suara je lah. Cerita yang selalu dibukak : Movie/drama hindustan. Sampai dah boleh hafal dah rentak/lirik lagu. Mana taknya, 1 hari sampai 4,5 kali lagu yang sama je. Buat kerja pun boleh goyang kepala sebab terikut rentak lagu tu. Arghh benak kepala!

Berbalik pada topik. Masa tengah tengok tv tu, tiba-tiba teringat kenangan masa kecil dulu. Cerita kegemaran kid masa budak-budak dulu.

Masa kecil kita fikir nak enjoy je. Mana yang boleh buat kita terhibur, kita balun! Sampai arwah mak bising-bising suruh tukar cerita lain. Pertembungan dari segi citarasa memang selalu berlaku dalam kehidupan. Normal lah kan. Tapi masa tu kita kan naif lagi. Masa tu kid anggap benda macam ni 1 ancaman lah.. Kalau boleh berperang memang nak berperang punya. Haha. Tapi kid tebalkan telinga saja dan selamba kid jawap " Taknak-taknak! Nak tengok cerita ni! Duit ada beli jelah tv lain! " Tapi kid cakap dalam hati jelah.
                                            _____________________________________


Rancangan yang mendominasi kid masa tu ialah kartun. 1 hari tak tengok memang tak sah! Lagi setengah jam kartun nak start, dah standby awal-awal depan tv. Sambil bawak pembaris panjang sebagai langkah berjaga-jaga kalau ada tangan yang tekan siaran lain. Hehe. Kid listkan 2 je lah. Sebab masa tak banyak ni.

2 rancangan kartun kegemaran

  • Doraemon : "Doraemon.. Tolong!" Masa tu terfikir jugak apalah bengap sangat si nobita ni bila ada masalah dengan giant, sunyio je mesti mintak tolong doraemon. Sampaikan kerja sekolah tak siap pun mintak tolong doraemon. Tak dinafikan doraemon tu boleh je tolong buat tapi nanti si nobita ni jugak takkan berani dan pandai. Masa ni lah kid terfikir kalau nak harap orang tolong kita sampai bila-bila memang takkan dapat.. Yang buat kid pelik masa tu macam mana poket kecil boleh simpan banyak gila gadget? Dah penuh-penuh macam tu tak bocor eh poket tu? Kah kah tapi tu lah yang buat kita tertarik dengan kartun ni. Tapi pernah tak korang fikir, si nobita ni suka sizuka tapi dia pendam je kan.. So dari sini, kenapa dia tak mintak tolong doraemon? Kalau nobita ni mintak tolong korekkan hidung dia, boleh ke doraemon nak tolong? Hehe.
  • Usop Sontorian : Kah kah.. ni lagi 1 cerita kartun yang best. Ingat tak korang dengan kartun ni? Menceritakan kehidupan usop di kampung sontorian. Kehidupan suasana kat kampung memang berjaya dihidupkan, walaupun pergerakkan kartun tu tersekat-sekat sebab tak cukup frame, tapi memang bestlah kartun ni. Banyak lah mesej dari kartun kalau difikir-fikir balik. Bukan setakat untuk berhibur je. 1 family kid pun layan kartun ni. Paling tak boleh tahan, gelagat kawan si usop, singh. Tahulah bahasa malaysia dia ni hancur tapi setiap kali dia bercakap, bapak dramatik! Contohnya : "mengapakah kehidupan aku terjadi sedemikian rupa.." Nasib baiklah dia tak pernah cakap "sesiapa yang menghisap dada tidak boleh menderma dara" Kah kah..

                                           _______________________________________



Nilah 2 kartun yang jadi penyeri masa kid budak dulu. Bila teringat balik kenangan ni, rasa macam orang gila pulak : duduk kat meja senyum sorang-sorang. Tapi masa kecil memang best kan? Takda tekanan, takda masalah, takda komitment. Kalau boleh balik ke masa dulu, kid sanggup! Serius beb..Sekarang ni bila fikir balik, kartun macam ni ada pengisian dia.. Means ada lah mesej-mesej yang nak disampaikan. Kita je tak perasan.
Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...