Bla bla bla

on 13 Disember 2010

At last tak lama lagi masa untuk berhenti kerja dah tiba. Hampir 4 bulan jugaklah bergelar waiter. Dalam 4 bulan tu jugak macam-macam kid jumpa, mengenal satu juta macam karenah manusia yang kebanyakkannya, tak penyabar dan demand. Di samping tensyen sebab takda cuti langung. Kalau nak cuti jugak, takda gaji. Zzz...

Bulan ni last kerja as waiter ni. Jangan haraplah kid nak sentuh kerja ni lagi. Mintak dijauhkanlah. Bukanlah sebab haram ke apa, tapi tekanan kerja tu terlalu menekan, berat lah senang cerita. Orang cakap " Buatlah apa-apa kerja, janji halal " . Mai sini tengok kau jadi waiter pulak. Boleh tahan ke tak. Kid berani jamin tak sampai sebulan lagi korang confirm berhenti dan taubat taknak lagi dah buat kerja-kerja macam ni.

Lagi rela kid buat kerja haram dari jadi waiter ni. Huhu.

                                                ________________________________


Jenis customer ni memang bikin panas.. Pernah jugak 1 hari tu kid nak bagi je makan kaki ni, sebab dah geram punya pasal. Harap korang amiklah perhatian. Kitaorang (waiter) bukan sengaja lambat hantar order korang tu, tapi tak menang tangan. Lagi 1 masalah, bila customer terlalu ramai, kemungkinan untuk kitaorang lupa tu adalah tinggi. 2 orang waiter nak layan 40 orang? Oh please...

Kat bawah ni antara customer hampeh yang kid jumpa. Nak senarai semua malas pulak nak taip panjang-panjang. Hm manalah tahu kalau-kalau korang termasuk sekali dalam kategori bawah ni?

3 customer yang menyakitkan hati
  • Customer jenis tak penyabar : Rasanya customer jenis macam ni, rabun dekat dan jauh sekaligus kot.. Dia rasa macam dia seorang je dalam kedai. Jadi takda sebab untuk minuman dan makanan dia lambat sampai! Yang tua-muda pun sama je! Yang memalukan, pakcik dan makcik yang bersongkok dan bertudung. Kalau dah bertudung bermakna korang mencerminkan keislaman. Tapi ironinya tak nampak langsung kesabaran yang jadi identiti umat islam? Baik gantung je tudung tu dalam almari. Nak oder cepat sampai? Buat sendiri la!
  • Suara perlahan macam bercakap dalam kelambu : Kalau waiter tanya 2,3 kali, tahu pulak nak marah. Walhal suara sendiri tu yang perlahan.. gf/bf/kawan/family kat sebelah pun tak dengar apa kau cakap. Jadi sekarang ni salah waiter ke salah sendiri?
  • Komplen harga mahal : " Semua sekali rm30.00 " " Rm30?? Kau kira macam mana ni?! " Kan sekarang ni harga barang dah naik.. Dah tahu duit sendiri ciput tapi nak makan besar.. Makan ikut kemampuan, bukan ikut nafsu!

                                                     __________________________________


Jadi tulah dia. So sebelum orang lain meluat dengan kita, sebelum nak menghukum seseorang tu, analisis dulu diri sendiri. Manalah tahu, kalau-kalau berpunca dari kita ke kan? Hm habis je bulan ni, maka kid akan menganggur untuk sebulan then sambung balik study. Dah lama bertangguh industrial trainning tu.

Dah berhenti kerja nanti bolehlah blogging sampai berdarah jari-jari ni. Hehe.
Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...