Terima kasih - ayat paling susah nak disebut

on 25 March 2011

Tadi masa sibuk, khusyuk buat kerja (sebenarnya berblog) bos mintak aku bawakan 2 kotak. Tah apa barang tah dalam tu. Tapi yang pastinya design yang dah siap..

Kotak-kotak tu kecik je tapi bleh tahan ar berat. Tah berapa ratus design tah dalam tu. Susah turun tangga sambil kendong bende alah tu. Sampai je bawah, aku tercari-cari plak mana kereta bos. Dengan kotak-kotak tu aku duk usung.. Dia kata kat bawah jadi aku ingat kat depan kedai je. Hish.. Cari punya cari jumpa jugak. Aku letak kotak-kotak tu dalam kereta then bos pun turun. Lepas tu terus dia blah gitu je. Aik?

Memanglah tak seberapa apa yang aku tolong tu tapi atleast ucapla terima kasih ke, thanks ke.. Bukan takat situasi aku, tapi banyak yang aku tengok, semua macam tu. Kalau kita bukak mata luas-luas, memang kita akan perasan. Orang dah tolong, ucap terima kasih pun susah. Bukan mintak duit pun! Aku pelik betul..

"Terima kasih.." Susah gila nak jumpa orang sebut perkataan ni. Kedekut ke hape? Even orang yang kita sangka makin berumur, makin eloklah kelakuan tu tapi tak punnnn.. Memberi dan menerima, menghargai antara satu sama lain, tak susah pun nak amalkan. Tinggal nak tak nak atau perasan diri tu bagus dah! Hm kebaikkan dia? Aih banyak kali cakap dah..
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...