Apa yang perlu dibuat bila dilanda masalah?

on 25 March 2011

Masalah.. Kita memang takkan dapat lari dari masalah ni. Masalah ni kalau kita tak pandai handle, memang boleh buat kita tertekan.. Kita semua mesti dah rasa kan? Bagi aku, bila dah terlampau tertekan, rasional berfikir dalam menaakul segala buruk dan baik akan kabur.. Bila jadi macam tu ada kemungkinan kita akan buat something yang dilarang agama sebab kita fikir tu jalan penyelesaian dia, walhal tak pun..

Jadi apa yang perlu kita buat bila dilanda masalah?

1. Bersendirian - ni yang selalu aku buat bila ada masalah. Bersendirian bukan bermaksud kita nak lari dari masalah ke atau apa.. Tapi untuk tenangkan fikiran dan bagi kita ruang untuk kenal pasti punca masalah tu dan ikhtiar jalan penyelesaian.
2. Sembahyang, doa! -  Hm actually kenala amalkan no.2 sebab suruhan untuk kita kan.. Sembahyang dan doa dapat tenangkan hati dan fikiran kita.
3. Menangis - Member perempuan aku selalu buat macam ni. Dia kata menangis ni boleh legakan segala tekanan. Lepas tu barulah dia dapat fikir dengan tenang untuk selesaikan masalah.

Actually cara paling mujarab bagi aku, mencegah lagi elok dari mengubat. Maksud aku cuba elak buat sesuatu yang mengundang masalah.. Contohnya kalau taknak fail dalam exam, study sungguh-sungguh dan jangan study last minute. Ok?? Orait nak sambung kerja..
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...