Gadis kelantan cedera terjun tingkat 3

on 25 Mac 2011

KOTA BHARU – Pusat beli-belah KB Mall di sini yang pernah gempar ekoran tragedi kereta ‘menjunam dari langit’ pada tahun 2009 sekali lagi menjadi tumpuan semalam apabila seorang gadis cuba terjun disyaki untuk membunuh diri dari tingkat tiga bangunan tersebut.

Kejadian pada pukul 3.30 petang itu menarik perhatian ramai apabila mangsa yang berusia 20 tahun dikatakan berdiri di birai bangunan sambil memegang sebilah pisau dan sebuah telefon bimbit.

Sesekali gadis yang bekerja di pusat beli-belah Wakaf Che Yeh dekat sini itu dilihat cuba mengacu dan meletakkan pisau pada lehernya.

Mangsa yang berasal dari Kampung Gaung di sini dipercayai bertindak demikian kerana tertekan dengan masalah keluarga dan cinta - Kosmo 

Ler.. Masalah tak kirala apa pun, ada jalan keluar dia. Bunuh diri bukan cara nak selesaikan masalah. Janganla ada antara kita buat macam ni. Kalau tak ingat hukuman dari kat 'atas' tu, kurang-kurang ingatla orang yang tersayang.. Kesian diaorang.
Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...