Terlalu cerewet pun takleh

on 24 March 2011

Tadi datang 1 akak kat opis ni. Mintak fotostat dokumen apa tah. Dalam nak tunggu dokumen dia tu siap, akak ni berborak dengan aku. "Haish kacau daun betullah!" - keluh dalam hati.

Banyak benda kitaorang bualkan.. Memula start dia tanya aku praktikal ni buat apa, kos apa, belaja kat mana sampailah masuk pasal anak dia. Anak dia pun tak lama lagi nak praktikal. Tapi yang buat aku kaget bila dia kata taknak anak dia praktikal kat company kaum lain..  Lepas tu mesti ada elaun. Haish banyak songeh akak ni..

Salah 1 sebab pengangguran meningkat pasal nilah.. Bukan nak cakap akak tu je la, bila bab kerja ramai yang aku tengok mesti macam ni. Kalau tak anak dia problem, mesti parents dia problem.

Cerewet memang penting tapi kalau terlalu cerwet sangat pun tak boleh maa.. Mana yang ada tu terus sebat.. Kadang-kadang kita tak sedar peluang pekerjaan tu cuma muncu sekali je.. Kalau pilih-pilih sangat, takut masuk angin keluar asap.. Itu jam barulah nak tenganga!
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...