Bro terjuntai bro.. Terjuntai..

on 21 Mei 2011

Boring.. Disebabkan suasana super fcuk-kuing suram hari ni, maka aku menggerakkan diri ke mapley. "Lepak mapley cuci mata sambil fikir idea entri cara gak" - fikir aku. Belum masuk 10 minit aku fikir nak lepak muka aku dah tercangak depan mapley.

Tengah syok layan blues, tetiba mapley ni didatangi seorang jantan bajet stylo.. Gelak tawa riak didampingi gegadis keliling pinggang. Tah hape yang dibualkan sampai lawak sangat aku pun tak tahulah.

Jantan : Begini.. Begitu.. Kah kah kah kah!! (Apa yang lawak siakk??)

Sebabkan gelak berdekah jantan tu sangat annoying, terus aku menajamkan penglihatan aku pada lelaki tu.. Tetiba aku dapat trace sesuatu. Tak sampai hati pulak kalau aku diamkan je.. Jadi aku tegur jantan tersebut.

"Bro terjuntai bro, terjuntai.. "

Takde salam terus aku cakap macam tu. Tapi teguran aku tak didengari dek jantan itu. Gelak tawa yang terlalu kuat volume-nya mungkin membuatkan suara aku tenggelam.. Maka aku tinggikan suara sikit.

Aku : Bro bro.. Terjuntai bro, terjuntai!

Jantan : Eh, apahal ni?

Aku : Lu pekak ke hape?? Terjuntai!!!

Jantan : Terjuntai?? Terjuntai apa??

Aku : Ala... Terjuntailah!!

Jantan : Eh lu cakap apa ni lahanat?! Terjuntai apa?!!

Aku : Lu tak perasan ke abdomen bawah pinggang lu berangin 1 macam? Bro bro, tengok muka aku. Terjuntai!!

Jantan : Ah blah la lu!! (terus dia blah)

                                                               ++++++++++++++++++

Adakah dia bebal sangat sampai tak faham apa yang terjuntai atau aku silap tegur? Aku nak je cakap direct tapi segan.. Terjuntai yang aku maksudkan zip seluar dia tak tutup sehingga menampakkan sebahagian testis dia. Hm gasaklu lah bro.. Semoga bahagia dengan testis mu..


*Sila pastikan zip seluar anda di-zip habis sebelum keluar mana-mana
Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...