Kebebalan kau yang berada kat bawah

on 22 May 2011

Gua tensyen dengan si polan bin polan tu. Dulu masa dia kat bawah takde apa-apa macam gua ni, dia lain! Low profile je. Bila shopping harga barang main puluh-puluh je. Kereta, rumah, perabot dalam rumah standard orang kampung. Macam gua! Tapi sekarang..

Gua tengok poket dia tebal.. Enjoy sakan shopping.. Tak bawak cash, main swap je kad kredit. Barang-barang dia beli bukan kepalang punya harga bai.. Semua standard ribu-ribu punya harga. Paling busuk murah punya barang dia beli pun harga ratus-ratus. Puluh-puluh tak main ar.. Heh! Duit haram..

Kereta mahal sampai 2-3 bijik, rumah besar. Baru-baru ni gua dengar dia nak beli lagi rumah ni! Tamak haloba! Riak! Perabot-perabot dalam rumah pulak semua stylo.. Tak main dah perabot orang kampung.. Pun aku dengar jugak baru-baru ni dia beli perabot dari luar negara punya! Harga puluh ribu! Nak terbeliak apa?? Duit haram kan??

Macam mana dia dapat semua tu?? Gua confirm sama ada dia menang loteri, atau jadi bapak ayam.. Tak pun, songlap dadah! Heh! Macam gua cakap tadi, duit haram! Duit haram bai! Duit haram!


*Memang bebal. Kita takkan naik, takkan bergerak ke depan kalau mentaliti kita sentiasa macam tu
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...