Program realiti nyanyian - Belum tentu jadi penyanyi

on 23 Mei 2011

Program realiti nyanyian - Yang join mungkin depa rasa depa berbakat dalam nyanyian dan berhajat nak jadikan bidang nyanyian sumber rezeki. Ada yang join semata-mata nak populariti. Tak kiralah apa pun tujuan depa, populariti memang naik mendadak tapi sekejap je dan belum tentu lagi depa ni jadi penyanyi.

Macam mana popuriti peserta boleh naik mendadak? Sebabkan program ni berbentuk realiti, jadi boleh kata 60% aktiviti peserta buat akan dirakam lepas tu ditayangkan. Macam Af tu. Then penonton akan tengok dan kalau apa yang depa buat tu menarik perhatian penonton, peserta tu akan jadi bahan bualan. Backlink dari mulut ke mulut.

Tapi bila peserta tu tersingkir atau program tu tamat, populariti tu terus hilang. Senyap macam tu je.

Belum tentu lagi jadi penyanyi. Maksud aku kat sini, artis rakaman. Kalau kita tengok balik, berapa kerat je peserta program realiti nyanyian ni 'hidup' sampai sekarang? Apsal jadi macam tu? Salah 1 sebab dia kuasa mengundi kat tangan penonton.

Frankly speaking, bagi aku penonton tak tahu apa pun pasal suara. Depa cuma tahu suara best, ada pakej maka yang tulah akan diundi. Sebabkan hal ni, yang betul-betul boleh menyanyi boleh terkubur macam tu je. Sayang betul..

Apa-apa pun aku tabiklah pada peserta yang join tu. Bersemangat, hati kering. Menang atau tak cerita nombor 2. Yang penting cuba dulu. Btw kau taknak join ke program realiti nyanyian ni? Manalah tahu rezeki kau. Asyik melalak dalam bilik air dengan depan cermin je apa barang? Keh keh..
Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...