Jangan dedah no telefon

on 29 Jun 2011

Rasanya dekat 15 hari guwa tak update. Gara-gara ralat yang tak dapat dielakkan. Sekarang guwa sedar. Kalau yang Esa kata 'A' maka 'A' la dia. Kau buatlah macam mana pun memang takleh fight punya. Gentle guwa cakap.

Okla tutup bab tu. Sedang guwa merayau sekejap ke metro tadi, guwa jumpa artikel ni kat muka depan. Thank god bukan berita 18SX :

"KUALA LUMPUR: Awas! Apabila anda mendedahkan nombor telefon atau nombor akaun bank di Internet terutama di laman jaringan sosial, anda berpotensi menjadi mangsa penggodam sehingga menyebabkan anda kerugian ribuan ringgit sekelip mata.

Modus operandinya mudah - penggodam yang sudah memperoleh nombor telefon atau nombor akaun bank yang dipaparkan, akan mencari dan mengumpulkan maklumat peribadi mangsa di Internet sebelum membuat permohonan bagi mendapatkan kad kredit menerusi Internet" - Metro

Pasal hacking ni kita kena ingat hacker akan gunakan apa je sumber yang ada untuk hack, hatta no telefon kalau ada sekali memang dia rembat. Tapi kalau awek cun letak no tel tak payahla risau. Kemungkinan besar tak hack kot. Hahah

Guwa rasa tak ramai alert pasal ni. Sebab bila ada je memember baru add guwa kat fb, guwa usha maklumat dia (fb guwa dalam bm) kat bawah sekali tertera no tel. Serius ini bahaya. Jangan cakap laman sosila femes macam fb tu selamat, ok? Kalau selamat takkan beberapa profile fb artis kena hacked aritu?

Jadi bagi user sesawang sosial macam fb tu, check balik kalau2 no tel korang ada kat situ ke. Kalau ada segera padam! Jangan sampai terlambat..

Untuk cerita lebih lanjut pasal hacking guna no tel ni, picit link tu..
Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...