Kumpulan layar bahtera dengan pengikut - siapa yang bebal?

on 29 June 2011

Tadi lepas isi minyak, instinct (betul ke guwa eja?) guwa kuat menyatakan ada sesuatu lagi kat metro yang guwa boleh kongsi dengan korang semua. Sekali betul memang ada. Kumpulan layar bahtera punya cerita.

Dari artikel metro tu, kumpulan ni kumpulan ajaran sesat. Pengikut kumpulan ni percaya merokok ialah solat, nikah haram, anak2 boleh 'digoreng' oleh ketua kumpulan. Isteri pulak HANYA boleh 'digoreng' oleh ketua kumpulan. Suami cuma jadi pak guard kepada isteri. Perghh memang menyimpang jauh dari agama.. Dan guwa rasa ada banyak lagi peraturan mengarut tah hape-hape.

Tapi apa guwa nak tekankan kat sini, kita dah tahu kumpulan2 macam ni haram (tengok dari peraturan pun dah tahu) tapi kenapa masih ada yang terpengaruh? Siapa yang bebal sebenarnya kat sini?

Kalau tanya guwa siapa yang bebal, jawapan guwa pengikut kumpulan ni. Kalau takde yang terpengaruh, sah-sah kumpulan ni tak dapat bergerak punya. Hurmm pelik.. Macam manalah ada yang boleh terpengaruh..

Hal macam ni cuma perlukan common sense je sebenarnya. Masa kat sekolah menengah pun kita dah diajar jangan terpengaruh dengan hal2 macam ni. Guwa rasa, boleh jadi pasal sikap sesetengah dari kita ni yang nak jalan mudah berjaya kat akhirat punca kenapa ada yang mudah terpengaruh dengan hal macam ni sedangkan takde jalan lain pun.. Sebenarnya diri tu cuma tunggu untuk dieksploitasi je. Wallahualam..

Nak baca pasal kumpulan layar bahtera ni, klik sini




Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...