Lecturer guwa sound guwa sebab tak update blog

on 14 June 2011

Lepas 'sarapan' tengah hari tadi, tetiba pandangan guwa jadi kelam..

"Urghh.. Ush apsal ni.."

Walaupun kelam dan gelap, tapi selesa ya amat. Jadi guwa pun layankan je la.

Selang 5 minit macam tu, tetiba guwa berada dalam kelas. Subjek 3D. Hmm banyak kali guwa skip kelas 3d ni. Boring. 3D ni untuk student yang betul-betul berminat je la.. Pasal susah dan memeningkan kepala! Kalau tak minat, memang tak boleh pergi punya. Gentle guwa cakap. Tang ni, guwa respek la team yang buat Upin dan Ipin tu. Serius 3D ni susah..

Tetiba lecturer guwa sound.

"Akid!!"

"Er ye miss??"

"Ni yang saya tak suka ni tahu! Sengaja nak naikkan darah saya! Nak saya potong markah awak?!

"Alamak aih. Apahal ni? (dalam hati) Erk, kenapa ni miss..? Apa salah saya?"

"Blog awak tu, apa cerita?? Dah update??

"Eh?? Blog??" guwa tersentap

Tak semena-mena lepas tu tetiba pandangan guwa jadi terang balik. Guwa usha kiri, usha kanan.. Klempess. Mimpi rupanya! Haihh nasib baikla lecturer guwa 'ingatkan' guwa tadi. Kalau tak memang tak berupdate la blog petang ni. Hurmm terima kasih miss. Hahah



*Guwa tak cukup tidur sebenarnya. Cepat mengantuk. Apa ubat yang mujarab supaya tak senang mengantuk eh? Siapa tahu?

*Geng, mintak tulun sikit. Sini picit. Vote blogger no.4 ye. Terima kasih..
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...