Tahukah korang dengan fakta blogging ini? (1)

on 13 April 2012

A - Ramai blogger salah dalam menetapkan url blog (bukan nama blog, tapi url blog) masing-masing. Salah yang dimaksudkan ialah nama yang terlalu panjang sampai susah trafik nak ingat dan menyusahkan trafik untuk menaip url blog tu. 

B - Entri personal ialah entri yang paling susah untuk menarik perhatian pembaca. Kalau korang antara blogger personal blog dan mempunyai ramai pembaca di blog personal tu maka tahniah diucapkan. Korang antara blogger yang pandai bercerita di blog sebenarnya.

C - Kenapa template blog minimalist yang bosan dan boring rupanya selalu dapat sambutan hangat dari blogger-blogger yang dah lama berblog? Salah 1 sebabnya ialah coding template minimalist yang standard tak menyusahkan spider untuk crawl blog. Berbeza dengan coding kebanyakkan template blog yang canggih, menarik, ada style yang sebenarnya agak kompleks dan menyusahkan spider untuk crawl. 

D - Macam mana nak dapat banyak trafik dari facebook? Maksud aku, trafik yang baaaanyak. Macam mana? Macam mana? Mudah je. Letakkan feed blog kat fanpage yang ada puluh ribu atau ratus ribu likes. Cuba bayangkan kalau feed blog korang ada kat 20 fanpages yang semuanya mempunyai puluh ribu atau ratus ribu likes? Perghh!

E - Nak main entri SEO? Pastikan submit sitemap blog kat google webmaster tools dulu. Dah submit tapi entri masih tak keluar kat SERP? Sila pastikan pulak blog korang tu aktif (selalu update). Bila blog aktif, spider crawl akan selalu datang ke blog. Bila spider selalu datang, maka tulah masa yang sesuai untuk main SEO. 
Ranking: 5

{ 1 comments... read them below or add one }

Rozuan Ismail said...

wah. term baru spider crawl, webmaster tools. baru tahu . sebelum mai terjah je untuk SEO.


13 April, 2012

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...