Film Man Sewel Datang Kl Sinopsis

on 12 Mei 2012

Info sinopsis tentang film man sewel datang kl. Film yang diarahkan oleh abdul rahman adam ini akan berada di pawagam pada 31 mei 2012. Genre cerita ni ialah komedi. Bila tengok barisan pelakon dia (shuib sepah, rafidah ibrahim, zaibo, rosnah mat aris, julia ziegler, siti sarah raisudin dan razali hussain), rasanya kemungkinan besar filem ni mampu menghiburkan kita semua.


Sinopsis :

Mengisahkan osman atau man, pemuda yang berperwatakan gila-gila datang ke kl dan tinggal bersama rakan sekampungnya, salim. Salim banyak mengajar dan mendedahkan kehidupan di ibu kota kepada man. Menerusi salim juga, man berkenalan dengan nadia, bekas model dan seorang pisau cukur. Man akhirnya terpedaya dan segala kemahuan nadia dituruti sampaikan dia sanggup berhabis wang ringgit untuk memenuhi kehidupan nadia yang serba mewah itu. 

Bagaimanapun man akhirnya rasa pelik bila nadia meminta wang sebanyak RM250,000 untuk dijadikan modal perniagaan. Dalam masa yang sama, man tidak lagi mendapat bantuan kewangan dari ibunya menyebabkan beliau terpaksa berdikari untuk meneruskan kehidupan di kl. Man akhirnya pulang ke kampung untuk menemui ibunya dan kekasih hatinya siti khadijah yang telah lama ditinggalkan. Malangnya siti telah menjadi milik orang kerana man memungkiri janji cinta mereka dahulu.

Disebabkan itu, man kembali semua kl. Kembalinya man di kl buat kali kedua ini menyebabkan dia mengenali seorang gadis, salbiah yang menjadi mangsa ragut ketika itu. Mereka berdua menjadi sahabat yang saling membantu. Suatu hari man terserempak dengan leman, orang kampungnya yang mengusahakan kedai makan. Leman menasihati man agar berwaspada dengan salim kerana dikhuatiri salim terbabit dalam kegiatan jenayah. Bagaimana man mahu berhadapan dengan salim? Adakah benar tuduhan yang dilemparkan kepada salim? Saksikan hero sewel ini yang cuba menyelongkar kebenaran yang tersembunyi dengan cara gila-gilanya.

Barisan pelakon utama man sewel datang kl : shuib sepah, rafidah ibrahim, zaibo, rosnah mat aris, julia ziegler, siti sarah raisudin. Nantikan filem ni di pawagam berhampiran korang! Trailer :

Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...