Kenapa perangai kau macam ni blogger dan 2 pilihan untuk kebaikkan blogger

on 19 Februari 2011

Aku sekarang ni macam dalam problem pulak.. Sebabkan hal aku tersilap masa buat kerja aritu, kawan 1 ofis ni dah tak bertegur sapa.. Uih tensyen aku dengan keadaan macam ni..

Marah macam korang tahu ada 2 sebab.. Sama ada kita buat salah atau orang cemburu dengan kita. Cemburu yang terlampau = benci. Bila benci maka timbullah hal mengutuk, mengumpat, dan segala macam istilah yang memburukkan orang keluar.

Macam dunia blog sekarang ni, pantang nampak blogger naik, ada je yang jadi kaki kipas.. Ada je yang jadi kaki kondem (kritik).. Kalau kritikan tu membangunkan takpa tapi menjatuhkan.. Tak cukup kritik entri, kaitkan pulak pasal template.. Header gambar muka besar-besar, kaitkan pulak rupa blogger dan macam-macam lagi..

Yang kelakarnya, meluahkan kebencian dalam entri. Aku cuma mampu mengeleng..

Apa kebaikkan kita dapat dengan membenci? Beribu lemon trafik? Komen beratus-ratus? Earning BE bertambah? Semua tu MENGARUT.

Cuma ada 2 pilihan je sekarang ni. Sila pilih  :

1. Nak terus membenci (tak dapat faedah langsung) atau

2. Fikir macam mana blogger tu boleh naik

Mana lagi berfaedah?
Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...