Segmen ben ashaari : Ben Ashaari soal cinta

on 14 Mac 2011


Link segmen - Dah

Wanita bagaimanakah yang menjadi pilihan hati anda ?


Ala-ala Lisa Suriani? Haha.. Kalau dapat macam dia, 1 bonus untuk aku. Tapi gambaran kasar, awek rambut panjang, hitam, lurus, bertudung, sikap yang 90% baik, tahu memasak.


Definasi keseksian seseorang wanita bagi anda .. 

Rambut panjang hitam lurus, tahu memasak, pakai baju kurung, bukan queen kontrol.

Apakah maksud PENGORBANAN CINTA bagi anda ?

Terima apa yang buruk pada pasangan, sanggup ketepikan ego,  tahu mengalah bila berlaku pertembungan pendapat/kehendak antara pasangan


Perlukah pasangan anda berkorban apa saja demi membuktikan cintanya pada anda ?

Er aku rasa bukan semua benda perlu dikorbankan untuk pasangan. Lagi-lagi sebelum kahwin.. Contohnya kalau aku mintak 'body' dengan alasan sebagai bukti cinta, jangan jadi bangang pergi bagi pulak.. Sebab nampak sangat macam bercinta sebab nafsu. Tak kemana pun. Ini contoh je ye.. Aku bukan orang macam tu =)


Jika keluarga pasangan anda tidak mahu menerima anda sebagai menantu mereka , apakah yang akan anda lakukan ?

Dimana ada kemahuan, disitu ada HIGHWAY.. Aku akan usaha tackle hati bakal mertua sampai diaorang cair!


Berapa kalikah anda putus cinta ? Kenapa ?

Sekali. HM panjang cerita dia. Kalau pendekkan pun tetap panjang jugak. Jadi tak dapat jawap 'kenapa'.


Pada pendapat anda , lelaki atau perempuankah yang mudah berlaku curang ? Secara umum ... kenapa?

Dua-dua sama je. Biasanya berlaku curang ni sebab tak dapat terima kekurangan pasangan.. Sepatutnya kena betul-betul jujur.



Apakah anda seorang yang mudah cemburu ?

Depends pada keadaan. Aku cool je cuma jangan over.
Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...