Sikap manusia yang makin hilang

on 14 March 2011

Takda yang lebih menenangkan fikiran aku bila waktu kerja dah habis.. Tengok jam sudah masuk pukul 6, aku terus standby laptop, kemas-kemas, terus blah.

Bekerja ni patutnya jadi sesuatu yang kita suka buat. Seronok dalam maksud lain. Bila seronok, kita pun semangat je kan bila masuk kerja? Tapi kalau bekerja tu jadi sesuatu yang buat kita tertekan atas sebab-sebab tertentu, serius rasa macam cilake.

Faktor-faktor yang aku maksudkan : Bekerja dengan senior yang perasan diri tu best sebab dah lama bekerja. Kalau kita tersilap sedikit, bukan nak tegur tapi menghina dengan ayat 'makan dalam'.. Bebal? Bodoh? Bangang? Perli? Semua keluar. Bos pun sama. Mulut puaka. Tak fikir apa orang rasa.

Ok cukupla aku menghentam. Apa yang aku nak tekankan kat sini ialah, common sense/bertimbang rasa. Tak pernah sekali pun kita cuba letakkan diri pada situasi orang tu sebelum mengkritik tak guna akal.. Sikap ni susah betul kita nak amalkan.. Aku pelik betul.  Bukan takat dalam situasi aku je.. Contohnya kes video anwar hadi tu. Hmm..

Lagi 1 kalau melibatkan duit, pergh.. Hilang terus sikap ni. Termasuklah dalam dunia blog.. Sanggup memfitnah dalam entri untuk naikkan trafik dengan earning.. Haih.. Ubahla perangai tu.. Tak kemana dan tak berkat pun..
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...