Kosmo : Pasukan Smart berlepas ke Jepun hari ini

on 15 Mac 2011

KUALA LUMPUR - Pegawai perubatan serta Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (Smart) dijadual berlepas ke Jepun pada pukul 6 pagi ini untuk membantu usaha menyelamat mangsa gempa bumi dan tsunami di negara itu.

Pegawai Perhubungan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Mejar Kamarul Zaman Ali berkata, pasukan tersebut dijadualkan berlepas dari Pangkalan TUDM Subang menggunakan dua buah pesawat Hercules C-130 milik TUDM dengan membawa 55 pegawai dan anggota.


"Penerbangan untuk misi membantu mangsa gempa bumi dan tsunami itu terpaksa ditangguh sebanyak dua kali sebelum ini kerana terdapat beberapa urusan yang perlu diuruskan.

"Tetapi hari ini (semalam) pasukan kita telah bersedia untuk memasuki negara tersebut bagi membantu mangsa-mangsa gempa bumi dan tsunami di sana," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam - Kosmo

Moga pasukan penyelamat selamat kat sana, dan dapat selamatkan seberapa ramai mangsa yang boleh. Amin..
Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...