Apsal takda komen? Apsal trafik tak masuk baca?

on 15 March 2011

"Apsal takda yang komen entri aku ni?? Aku dah ping kat banyak tempat dah tapi trafik tak masuk pun??" - Setiap blogger lagi-lagi yang memang baru berblog mesti tertanya-tanya macam soalan kat atas lepas 2,3 jam published entri. Biasanya apa yang diupdate ialah entri personal.. Hm..

Sebenarnya ada 1 sebab je untuk soalan kat atas : Tajuk tak menarik perhatian, apa yang dipost totally cerita personal yang takda pengisian.

Actually cerita personal ni, memang ada yang akan baca. Cuma kena selarikan kehendak pembaca dengan kehendak kita. Macam kita, adakah kita akan klik tajuk entri yang tak menarik perhatian? Macam tu jugak dengan trafik. So tajuk entri biarlah menarik perhatian trafik supaya diaorang tertarik untuk baca.

Contoh tajuk : "Pergi makan.. Yeah!!" atau "Aktivti mengisi perut kat Ikan bakar umbai!" - Yang mana 1 menarik? Hm lagi 1 kalau tajuk macam kontroversi, ala2 18sx, tajuk yang tak terjangka dek fikiran memang trafik klik.

Tang isi entri. Adakah kita respon dengan entri yang isi dia totally personal? Tak kan.. Sebab kita tak tahu nak reply apa dan kita tak kenal pun blogger tu.. Kalau blogger tu kawan kita, ok lain cerita.

Jadi dari kita just cerita apa yang kita buat apa yang kita hadapi, cuba selitkan value, mesej dalam entri personal tu. Contohnya entri pergi makan. Dari kita asyik duk kata 'sedap! sedap!', apa kata selitkan sekali harga makanan, cerita detail sikit apa yang 'sedap'nya tu, kebaikkan yang kita dapat kalau makan menatang tu ke.. Ni lah value/input/info/mesej untuk pembaca. Point-point macam ni yang buat pembaca nak respon balik.

                                                                ++++++++++++++++++

Entri yang boleh buat pembaca tertarik untuk baca dan respon : tajuk entri yang menarik + isi entri yang ada value/input/info/mesej - Ingat dua benda ni. Untuk permulaan, dapat antara 1 ke 10 komen kira oklah kan dari langsung takda?
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...