Selesai tapi tak berapa nak selesai..

on 13 April 2011

Tadi para lecturer datang menjenguk tempat praktikal aku nih.. Mula-mula diaorang sesat. Alamat opis aku dah bagi tapi diaorang tak jumpa jugak opis ni. Lecturer call aku, dari nada suara macam penat duk mencari opis aku. So aku datang ke lokasi diaorang.

Aku sampai je diaorang tengah sibuk tengok baju kat kedai sekitar situ. Penat duk carik opis konon.. Rupanya penat duk pilih baju. Ceh..

Kedatangan diaorang bukan untuk lawatan sambil belajar. Nak tengok apa aku buat kat sini dan nak ambik feedback form. Aku ada terpikir kemungkinan soalan cipan yang akan ditanya oleh diaorang.. Tapi diaorang cuma nak jumpa bos aku je. Kiranya sesi soal jawap cuma dengan bos.. Tapi bos aku tak masuk opis lagi.

Tunggu punya tunggu tak muncul-muncul jugak bos aku ni. Last2 diaorang blah dan suruh aku post feedback form kat diaorang. Grr.. Leceh betul.. Aku dah inform dengan bos ari ni diaorang nak datang tapi dia masuk lambat jugak. Cilake.

Aku perasan, kalau bab janji ni ramai yang kata boleh berpegang pada janji tapi tak pun sebenarnya. Lagi-lagi kalau janji tu pada dia nampak macam remeh, terus acuh tak acuh je la.. Tak boleh lah gitu. Janji yang tak ditepati pasti menyusahkan orang lain.. Bertimbang rasalah sikit.. Fikir-fikirkan lah jugak pasal orang lain kan..

Nanti kalau dicop pembohong, mana nak letak muka? Bawah bantal? Kalau orang dah tak percaya, kita nak buat apa-apa pun susah.. Percayalah..
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...