Sungguh ku tak sangka..

on 13 April 2011

Hari ni teramat super duper power suram aku rasa. Kepala hotak aku ari nih duk melayan macam-macam kerenah keadaan yang memang mengkucar-kacirkan mood aku. Nak pikir idea untuk 1 entri pun jadi payah!

Ok ok dengan pantas balik semula ke topik.. Kang merepek pulak jadinya.

Apa yang tak sangka tu? Macam ni.. Tadi kat opis, tengah aku online tetiba aku ditawarkan 1 projek dari someone ni yang perlu menggunakan platform blog sebagai tapak. 1 projek yang menguntungkan untuk jangka masa panjang kalau menjadi.

Lepas dia pot pet pot pet pasal projek tu, aku ternganga dan termenung sekejap.. Sebab aku tak sangka sungguh! Tapi aku tak berani bagi kata putus.. Huhu..

Sebab aku kena consider banyak benda.. Dia mintak aku handle blog tu dan blog tu mesti sentiasa update. Memang betul kena sentiasa update.. Tapi macam mana pulak dengan blog nih? Blog ni pun aku update lebih 1 entri sehari.. Tu semua la tu. Aku takut blog ni semak tumbuh je.. Macam mana ni eh? Hm..
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...