Blogger baru - Apa yang perlu dibuat kalau kau dapat BE?

on 19 May 2011

Lately ni ramai blogger dapat BE. Aku jeles! Sebab lama tak dapat ni! Grrr

Ok entri ni untuk blogger baru yang dapat BE. Dari pengalaman aku, earning BE ni dikira berdasarkan PV (pageview). Makin banyak PV makin meletup earning BE tu. UV tak kisah sangat bila dapat BE tapi, kalau UV yang banyak menghasilkan PV yang lebih banyak itu bagoss. Tak guna kalau UV banyak tapi PV ciput bila dapat BE.

Of course lah bila dapat BE ni, kau nak maksimumkan profit sehabis boleh kan? Jadi apa yang kau perlu buat?

Rajin update 

Sehari 2-3 entri cukup dah. Kalau lebih? Lagi meletup earning tu. Tapi kalau tak larat, tak payah update banyak2.

Rajin bw

Bw bukan tinggal jejak kat shoutbox ok!! Maksud aku sini, komen entri blogger lain. Dengan tu depa akan lebih rasa bersemangat untuk terjah balik blog kau. Kemungkinan untuk depa ni naikkan PV blog kau sangat tinggi. Jangan pandang remeh hal ni..

Bilangan entri kat muka depan

Setkan 2-3 entri je kat muka depan. Bila depa tak puas baca entri kau, depa akan klik older post. Pv dah naik kat situ

Pasang widget yang membantu naikkan PV

Macam widget recent post, related post, linkwithin, blog archieve. Apa-apa je yang boleh naikkan Pv kau patut gunakan tapi janganlah sampai semak blog kau. Jangan tamak sangat. Ahaks!

Segmen 

Kalau blog kau ramai pembaca setia, buat la. Confirm meletup BE tu.

Yang perlu kau ambil perhatian - Pastikan loading blog kau laju! Kalau lambat sah-sah depa tekan pangkah je. Lagi 1 supaya pembaca rasa selesa. Bila depa selesa, kemungkinan untuk diaorang lepak lelama kat blog kau agak tinggi. Bermakna kemungkinan untuk PV kau naik pun tinggi.


*Dem bila la boleh dapat BE lagi ni..??
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...