Romantika blog : Gelabah dan kehilangan

on 19 May 2011

Takde dialog-dialog kali ni. Cuma monolog dari jejari yang mengetuk keyboard.

Follower

Semalam macam hangpa tahu, widget follower hilang. Aku perasan dari pagi semalam. Ada blogger yang menggelabah, ada yang act cool. 

Bagi blogger yang nama blog dia dah established, masalah widget tu tak bikin maru pun. Sebab pembaca setia ramai. Tapi bagi blogger yang nama blog dia belum established, keadaan berbeza.

Bukan pasal gila follower, bukan pasal nak populariti.  Tapi salah 1 cara untuk aku ukur sejauh mana kemajuan aku dalam penulisan blog. Kenapa aku kata gitu? Kalau penulisan kita bagi faedah pada pembaca, depa akan klik 'follow'. Jadi bila hilang widget tu, susah untuk aku agak progress aku.

Pendapat hangpa pasal follower ni macam mana pulak?

Sentap? Aku takdelah sampai nak tersentap cuma aku agak tak setuju blogger yang dikatakan menggelabah ni gila follower/nak kejar populariti. Bagi aku pendapat tu macam tak kena. Hopefully takde siapa yang butthurt. Ni sekadar pendapat je.

Telor dibasuh

Pemergian arwah agak mengejutkan aku. Sebagai sedara seagama aku terasa kehilangan dia. Sebagai blogger, aku dah kurang 1 blog yang best untuk bacaan aku. Memanglah blog tu tak didelete tapi pasni blog tu tak berupdate lah.

Pemergian arwah betul-betul mengingatkan aku dengan 1 quote ni - Ajal anytime je akan datang menjemput. Quote yang dah banyak kali kita dengar tapi berapa ramai yang simpan quote ni dalam hati?

Moga-moga aku dan kau (pembaca) dapat iktibar dengan pemergian arwah ni. Alfatihah..
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...