Blogger baru : Berhentilah follow berpandukan konsep lapuk

on 16 May 2011

Lama tak cerita pasal follow2 ni eh? Keh keh.. Untuk blogger lama rasanya kau dah fahamla kot ni post ni pasal apa. Ni untuk blogger yang memang baru je sebab aku confirm sindrom ni akan berulang balik.

Berbalik pada tajuk, apa maksud sebenar follow ni? Macam mana follow follow ni pengaruhi fikiran kita dengan blog kita? Maksud follow - Kita suka dengan idea plus penulisan seseorang tu.. Kita tahu kita boleh dapat something melalui penulisan dia. Pendek kata kita enjoy baca penulisan dia. Jadi kita follow!

Tapi blogger baru amalkan follow berpandukan konsep yang dah lapuk..

Konsep yang aku maksudkan : aku follow kau, tak reti-reti nak follow balik ke! Konsep ni sebenarnya sangat-sangat tak relevan.. Sebab? Sebab motif follow satu satu blog tu semata-mata hanya untuk tambahkan bilangan followers. Bukan follow sebab tarikan dari satu-satu entri tu.

So apa faedahnya? Takde! Sebab apa aku kata takde? Tengok kat bawah ni :

Follow sebab memang nak follow - Follow sebab confirm dari blog tu boleh dapat ilmu/info atau apa-apa yang berguna untuk kita applykan kat blog atau menghiburkan kita. Melalui penulisan dia cara pemikiran kita pun jadi lebih matang.

Follow ikut konsep aku follow kau, tak reti-reti nak follow balik ke! - Tak dapat apa-apa. At the end merungut apasal takde orang komen, apasal takde orang masuk blog aku.. Walaupun ilmu dah ada depan mata tapi dia tetap 'buta'. Sebab follow hanya untuk tambah jumlah followers.

Nampak beza dia? So apa kata berhenti follow berpandukan konsep yang dah lapuk tu? Kalau rasa nak bergerak setapak lah dalam dunia blog ni. Eh setapak je? Hm kalau takde setapak tu, takkan ada 2 tapak..
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...