Kesan perkembangan teknologi

on 23 May 2011

KUALA LUMPUR: “Pada masa kini, keadaan persekitaran yang penuh dengan perkembangan teknologi mendorong kepada berlaku permasalahan di dalam institusi keluarga, terutamanya konflik antara ibu bapa dan anak-anak,” kata Pengarah Pusat Perundingan dan Latihan (PPLI), Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim), Siti Fatimah Abdul Rahman.

Berikutan itu katanya, semua pihak berkaitan perlu duduk berbincang bagi mencari jalan penyelesaian, membuat keputusan terbaik, bertolak ansur dan mengambil tindakan di atas keputusan yang dibuat bersama itu.

Cabaran keluarga masa kini adalah cabaran yang perlu dihadapi dan ditangani setiap ahli keluarga melalui usaha, perbincangan dan komitmen bersama.

Masalah itu juga memerlukan kemahiran dan kemahiran berkomunikasi di antara setiap anggota keluarga - Metro

Hm betul jugak.. Contohnya takde atau kurang komunikasi antara anak dengan parents sejak fb, twitter, blog menggila kat malaysia ni. Hm kita kenalah pandai bahagi-bahagikan masa..
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...