Ditahan selepas muat naik video di facebook

on 23 Mei 2011

RIYADH - Seorang wanita di Arab Saudi telah ditahan pihak berkuasa negara itu semalam selepas dia melancarkan kempen menentang wanita memandu kereta, lapor sebuah akhbar semalam.

Wanita berkenaan, Manal al-Sherif juga memuat naik klip video yang menunjukkan dia sedang memandu kereta di Khobar ke laman sosial Facebook dan YouTube agar wanita lain mengikut perbuatannya.

Dia bersama sekumpulan wanita lain turut mewujudkan muka surat dalam Facebook. Muka surat itu berjudul 'Ajar saya bagaimana untuk memandu justeru saya boleh melindungi diri saya.'  Manal yang belajar memandu semasa berusia 30 tahun di New Hampshire, Amerika Syarikat berkata, kebaikan memandu bagi wanita adalah boleh menyelamatkan nyawa, masa dan martabat seorang wanita.

"Ini adalah kempen sukarelawan untuk membantu wanita di negara ini belajar memandu kereta, sekurang-kurangnya pada masa kecemasan," katanya dalam video berkenaan - Kosmo

Dem! Macam manalah perempuan tu tak menentang.. Kan penting kereta tu tapi perempuan kat sana tak dibenarkan pulak memandu kereta. Tak boleh blah.. 
Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...