Maksiat ikut kadar jam

on 22 Mei 2011

GEORGETOWN: Hanyut dengan godaan asmara, tindakan sepasang kekasih menyewa bilik sebuah hotel di Jalan Tanjung Tokong, di sini, mengikut kadar jam tanpa mendaftar masuk bagi mengelak perbuatan mereka dikesan, terbongkar apabila ditahan kerana disyaki berkhalwat, semalam.

Pasangan itu ditahan dalam operasi cegah maksiat jam 3 pagi oleh sepasukan pegawai penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) diketuai Ketua Unit Operasi JHEAIPP, Khairul Azman Azizan.

Katanya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 27 (a) (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang 1996 atas kesalahan berkhalwat dan jika sabit kesalahan boleh didenda RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali - Metro

Tahulah tak takut dosa sebab kau kebal api neraka.. Kalau tak takut dosa pun, hukum dunia kau tak takut jugak ke? Tu ha denda dengan penjara.. Bukan sekejap, 2 tahun tu..

*Dituju pada semua pelaku maksiat
Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...