Tanah runtuh Hulu langat - Tragedi ketika berlatih nasyid

on 22 Mei 2011

KUALA LUMPUR: Tanah runtuh di Kampung Sungai Gahal, Hulu Langat menyebabkan sepuluh penghuni rumah anak yatim maut dan tujuh lagi masih terperangkap yang membabitkan kediaman Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah Madrasah At-Taqwa petang semalam.

Kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu membabitkan 25 penghuni pusat berkenaan dan sehingga jam 11.00 malam tadi, sembilan disahkan selamat.

Hujan lebat yang turun sejak jam 5.30 petang menyukarkan operasi mencari dan menyelamat untuk membawa keluar baki sembilan penghuni termasuk seorang kakitangan pusat itu yang belum ditemui dan dipercayai berada di bawah timbunan runtuhan tanah serta bangunan dewan serba guna.

Penduduk dan pasukan mencari dan menyelamat menemui mangsa pertama yang hidup jam 3 petang. Dalam tempoh sejam selepas itu, mereka menemui tiga lagi mangsa terselamat.

Mayat mangsa pertama ditemui jam 4.25 petang diikuti mangsa kedua jam 5.06 petang dan mayat ketiga jam 6.27 petang. Empat lagi mangsa hidup berjaya dikeluarkan termasuk yang ke sebelas pada jam 7.40 malam tadi - Berita harian

Takhziah untuk keluarga mangsa.. Ajal bila-bila masa saja akan datang menjemput. Ingatlah..
Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...