Mat rempit dicabar jadi pelumba professional

on 21 Mei 2011

KUALA BERANG: Selepas pelbagai usaha dilakukan untuk menangani kegiatan mat rempit yang menjadikan beberapa jalan utama di negeri ini sebagai litar perlumbaan, kerajaan negeri mencabar golongan itu supaya berani untuk mendaftarkan diri serta bersedia menjalani latihan menjadi pelumba motosikal secara profesional.

Kerajaan negeri bersedia menanggung semua perbelanjaan, termasuk yuran latihan, pakaian dan peralatan serta membiayai lesen untuk berlumba motosikal seperti yang dikenakan kepada pelumba motosikal profesional.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said, berkata mereka sewajarnya menunjukkan keberanian di litar perlumbaan motosikal dan bukannya menunjukkan kebolehan berlumba di jalan raya yang boleh mengancam dan membahayakan keselamatan pengguna jalan raya lain - Berita harian

Keh keh baik punya rancangan! Betul, lumba kat litar perlumbaan berkali-kali ganda lagi selamat dari lumba kat jalan raya tulah. Depa kata barulah ada thrill lumba kat jalan raya. Thrill apa kebenda.. Kalau eksiden naya je. Baik berlumba kat track.
Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...