Penyimbah asid tak boleh lari lagi

on 21 Mei 2011

KUALA LUMPUR: Polis sudah ada maklumat berhubung kes simbah cecair dipercayai asid membabitkan 23 kes dilaporkan di sekitar Lembah Klang sejak Februari lalu.

Bagaimanapun, sejak kejadian terakhir dua minggu lalu tiada lagi kes terbaru dilaporkan. Ini berikutan pemantauan berterusan polis dalam mengesan suspek berkenaan yang sehingga kini sudah dikenal pasti melalui fotofit yang digambarkan mangsa.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, langkah proaktif seperti menempatkan polis di kawasan yang menjadi tumpuan utama suspek serta rondaan dan sekatan jalan raya, berjaya mencegah kejadian simbah cecair itu daripada terus berlaku.

Menurutnya, polis mempunyai maklumat berkenaan kes itu dan tidak akan berdiam diri. Perbincangan serta langkah tertentu sedang giat dijalankan bagi mengekang suspek daripada terus melakukan tindakan tidak bertanggungjawab dan membahayakan masyarakat - Metro

Hopefully si tolol (penyimbah asid) tu masuk perangkap la.. Dah kena tangkap barulah aman aku rasa. Aku pun cuak weh walaupun mangsa takat ni perempuan je. Huhuh..
Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...